Mengapa Organik

Kapas organik adalah lembut dan lebih selamat untuk kulit bayi anda yang sensitif. Memandangkan kapas organik ditanam tanpa menggunakan racun perosak atau baja toksik, risiko anak anda mendapat alahan pada kulit mereka yang lembut adalah lebih rendah.

Disahkan Organik

Sijil kami dikeluarkan oleh pihak pemerakuan GOTS bagi memastikan fabrik kami dihantar oleh Entiti Bertauliah GOTS. Global Organic Textile Standard (GOTS) diiktiraf sebagai piawaian pemprosesan terkemuka dunia untuk tekstil yang diperbuat daripada gentian organik.

Tanpa Peluntur

Pakaian organik kami diperbuat daripada fabrik kapas tanpa peluntur. Oleh itu, bintik-bintik kecil berwarna coklat dan hitam yang biasanya terdapat pada fabrik kapas semula jadi kadang-kadang boleh dilihat pada pakaian bayi kami. Bintik-bintik tersebut adalah perkara biasa dan ia akan menjadi jauh lebih cerah dari semasa ke semasa dengan lebih banyak cucian. Bintik-bintik semula jadi ini biasanya tidak kelihatan pada kapas yang dijual di pasaran kerana ia biasanya telah dirawat terlebih dahulu dengan proses pelunturan dan pemutihan.

Keselesaan Kapas Tulen

Kapas adalah fabrik yang lembut dan mudah menyerap udara, yang membolehkan badan bayi anda kekal sejuk dan selesa walaupun pada hari yang lebih panas pada musim panas.

Bebas Kerisauan

Tiada kesan racun perosak toksik dan bahan kimia berbahaya seperti p-Chloroaniline, Phthalates dan Plumbum ditemui pada fabrik kapas organik yang digunakan untuk membuat pakaian bayi kami.

Pakaian Bayi Organik FirstDino

Mengapa Pakaian Bayi Siri GoodDino oleh FirstDino memilih warna bumi dan semula jadi untuk pakaian bayi kami? Warna-warna tersebut merupakan peringatan tentang Alam Semulajadi dan ia membantu memberikan si manja anda rasa ketenangan yang mendalam. Ia minimalis, elegan, dan klasik. Ini bermakna ia tidak akan lapuk dek zaman! Mudah dipadankan dengan warna lain