Sambutan Hari Bapa tahun ini mungkin sedikit berbeza, tetapi kita masih boleh meluangkan masa untuk memperingatinya. Berikut adalah beberapa idea untuk meraikannya bukan sahaja bersama bapa anda, malah bersama suami anda juga:
💖 Untuk bapa yang suka memasak: Bagi bapa yang gemar berkreativiti di dapur, hadiahkan beliau kuali besi tuang yang berkualiti, set pisau yang cantik, papan pemotong yang tahan lasak, atau set perencah yang unik untuk membantunya menikmati aktiviti kegemarannya dengan lebih lagi.
💖 Untuk bapa yang gemar bersenam: Sepasang jalur lengan lari bercahaya dalam gelap untuk larian awal pagi dan waktu malam bapa anda, baju senaman yang lembut dan ringan, kasut larian yang selesa, atau fon telinga wayarles untuk menggalakkannya terus kekal cergas.
💖 Untuk bapa kali pertama: Baju sedondon bapa dan bayi pastinya sangat bermakna. Sambil anda teruja dengan reka bentuk pakaian tersebut, jangan lupa untuk memilih bahan pakaian yang betul yang selesa untuk orang dewasa dan bayi. Kapas organik pastinya pilihan yang tepat.
Akhir sekali, jika anda masih tidak menjumpai hadiah yang sempurna untuk bapa anda, berikan hadiah yang lazat dengan memasak hidangan kegemarannya.
Selamat mencuba kepada semua ibu, anak perempuan dan anak lelaki.❤️