Mengapa kapas semula jadi dan organik adalah yang terbaik untuk bayi anda? Berikut adalah 5 fakta yang perlu anda ketahui bagi memastikan si kecil kesayangan anda mendapat yang terbaik dalam hidup.
1. Perbezaan terbesar antara kapas organik dan kapas konvensional adalah cara ia ditanam, dihasilkan dan jumlah bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam proses tersebut. Produk yang diperbuat daripada kapas konvensional menggunakan jumlah racun perosak dan bahan kimia yang melampau semasa proses penanaman, yang kemudiannya diluntur dan diwarnakan dengan pewarna toksik semasa proses tenunan. Manakala bagi kapas organik, tanaman ditanam di atas tanah yang bebas bahan kimia, selain itu, tiada racun perosak dan racun serangga disembur pada mana-mana peringkat proses. Bebola kapas dipetik dengan tangan dan tidak pernah diluntur atau diwarnakan dengan penggunaan bahan kimia toksik. Jika pewarna digunakan, ia biasanya berasaskan tumbuhan.
2. Kapas organik mempunyai gentian yang lembut secara semula jadi tetapi ia sering menjadi kasar dan mencucuk apabila dibasahi bahan kimia. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan kegatalan yang akan membuatkan bayi anda menjadi resah. Dengan beralih kepada organik, anda memaksimumkan keselesaan, pengudaraan bayi anda dan memastikan mereka kekal selesa dan bebas gatal.
3. Kapas organik memastikan kulit bayi anda bebas daripada bahan kimia yang keras dan ia lebih lembut pada kulit mereka. Memandangkan bahannya secara amnya lebih lembut dan semula jadi, terdapat kurang risiko untuk bayi anda mendapat masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan alahan kulit.
4. Kapas organik bertahan lebih lama kerana gentian kapas yang tahan lasak tidak rosak oleh bahan kimia semasa proses penanaman dan tenunan. Satu pakaian harian daripada kapas organik yang berkualiti akan bertahan selama bertahun-tahun untuk si kecil anda!
5. Kaedah perladangan kapas organik adalah selamat untuk alam sekitar kerana ia memerlukan kurang tenaga dan air. Tanah dipelihara tanpa racun perosak dan racun serangga, ia mesra kepada petani, sungai tempatan, pokok, hidupan liar dan ekosistem.
❤️ Pakaian Bayi Kapas Organik FirstDino diperakui oleh Global Organic Textile Standard (GOTS) dan ia diperbuat daripada fabrik kapas organik yang 100% bebas toksik daripada p-Chloroaniline, Ftalat dan Plumbum.