Dasar Pemulangan
DASAR PEMULANGAN KAMI
Dikemas kini Feb 2021
1. Produk saya sampai dalam keadaan rosak, cacat, bukan seperti yang saya pesan atau hilang, apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda telah menerima produk yang tidak anda pesan atau produk yang rosak / cacat, sila jangan tanggalkan pembungkusan asal. Kami mencadangkan agar anda menghubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami untuk membincangkan tentang pemulangan produk tersebut serta butiran yang diperlukan.
FirstDino sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pesanan dipenuhi dengan tepat. Jika produk yang telah dipesan dan dibilkan tidak disertakan dalam penghantaran, FirstDino akan menggantikan produk yang hilang tersebut.
2. Bolehkah saya memulangkan produk, menukar kepada produk lain, atau meminta bayaran balik?
Di FirstDino, kepuasan anda adalah keutamaan kami. Setiap produk dibangunkan, dipilih dan diuji dengan teliti untuk menjamin kualiti dan keselamatan. Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan pembelian anda, anda boleh memulangkan produk tersebut kepada kami.
Untuk layak bagi pertukaran, pemulangan atau bayaran balik, Produk anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Produk mestilah dalam keadaan berseal/belum digunakan.
- Produk mestilah dibeli secara dalam talian dari myfirstdino.com
- Pemulangan, pertukaran dan bayaran balik hanya sah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima Produk.
- Anda boleh meminta pertukaran dengan mana-mana Produk yang bernilai sama sahaja, yang terdapat di www.myfirstdino.com
3. Bagaimanakah cara untuk saya memulangkan pesanan saya?
Untuk memulangkan, hanya ikuti arahan di bawah:
a) Hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di support@myfirstdino.com atau melalui Halaman Facebook kami.
b) Anda dikehendaki memberikan butiran berikut:
- Nama Penuh (seperti dalam NRIC)
- Nombor IC Baharu
- Nombor Perhubungan
- Alamat E-mel (seperti yang digunakan untuk mendaftar akaun dengan FirstDino)
- Nombor Pesanan bagi Pesanan Belian
- Produk untuk Dipulangkan
- Sebab Pemulangan
- Foto Produk yang ingin anda pulangkan
-
Butiran Akaun Bank (Untuk Bayaran Balik Sahaja)
- Nama Bank
- Nombor Akaun
- Nama Akaun
Kami tidak akan melayan dan tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara bagi sebarang pertikaian yang timbul daripada butiran yang tidak lengkap dan tidak tepat di atas.
c) Anda mesti memulangkan Produk kepada kami dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerimanya ke alamat di bawah:
NOTA PENTING:
- Bagi perubahan fikiran dan Produk yang tidak rosak, anda akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang ditanggung dalam penghantaran kurier / pemulangan produk.
- Bagi penukaran produk yang rosak, FirstDino akan bertanggungjawab atas kos pos yang ditanggung untuk pemulangan dan penghantaran semula.
- Produk adalah tanggungjawab pelanggan sehingga ia sampai ke gudang kami. Sila pastikan untuk membungkus barang yang dipulangkan dengan selamat bagi mengelakkan sebarang kehilangan atau kerosakan pada produk, kotaknya, atau pembungkusan asalnya.
4. Apakah yang berlaku selepas Produk saya sampai ke Gudang?
Produk yang dipulangkan akan diperiksa terlebih dahulu oleh Jabatan Jaminan Kualiti.
- Jika produk yang dipulangkan memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam S2, penggantian produk atau bayaran balik akan diproses.
- Jika terdapat sebarang kerosakan pada produk akibat kecacatan pengilangan atau penyimpangan daripada spesifikasi kilang, kami berjanji untuk mengganti atau membayar balik sepenuhnya kos bagi sebarang produk yang cacat.
- Jika kecacatan pada produk disebabkan oleh sebab-sebab selain daripada kualiti bahan atau proses pemasangan, produk asal akan dipulangkan kepada anda.
Perlu diingatkan bahawa pemulangan produk tidak secara automatik menjamin penggantian atau bayaran balik.
5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan penggantian dan bayaran balik saya?
Sebaik sahaja produk yang dipulangkan telah diperiksa dan diluluskan, kami akan:- Bagi Penggantian Produk, ia akan mengambil masa dalam tujuh (7) hari bekerja.
- Bagi Bayaran Balik, ia akan mengambil masa sepuluh (10) hari bekerja. Perlu diingatkan bahawa bayaran balik hanya dibenarkan ke akaun bank. Jika pelanggan memasukkan butiran akaun bank dengan salah, FirstDino tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian.
Untuk maklumat lanjut atau jika anda tidak menerima bayaran balik anda dalam tempoh 15 hari perniagaan, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami di +6014 332 4788 atau hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di support@myfirstdino.com.
6. Adakah anda akan membayar balik caj penghantaran saya?
- Jika item yang anda pulangkan telah disahkan sebagai produk yang rosak akibat kecacatan pengilangan atau bukan seperti yang anda pesan semasa menerima, kos pos yang ditanggung untuk pemulangan dan penghantaran semula akan ditanggung oleh FirstDino.
- Walau bagaimanapun, caj penghantaran tidak akan ditanggung jika pemulangan disebabkan oleh perubahan fikiran, tidak sesuai, atau tanpa sebab.
