Happy Father’s Day: Tribute to the Stay-at-Home Dad

Selamat Hari Bapa: Penghormatan kepada Bapa yang Menjaga Rumah Tangga

Selamat Hari Bapa: Penghormatan kepada Bapa yang Menjaga Rumah Tangga

Jun ini, sementara kita berterima kasih kepada bapa kita atas pengorbanan besar yang mereka lakukan, kami juga ingin memberikan penghargaan khas kepada para bapa yang berani mengambil keputusan untuk menjadi bapa suri rumah. 

Pengorbanan datang dalam pelbagai bentuk. Terdapat banyak tanggapan di luar sana mengenai bapa yang tinggal di rumah, tetapi bukankah kita semua bersetuju bahawa menjaga keluarga adalah salah satu pekerjaan yang paling mencabar dan meletihkan secara fizikal? Dan kita bercakap tentang 24 jam perhatian yang tidak berbelah bahagi untuk mengurus keluarga anda.

Sudah tiba masanya kita memberikan pengiktirafan kepada bapa-bapa ini dan penghormatan yang sepatutnya mereka terima.

Teruskan usaha anda, bapa suri rumah. Kami bersama anda. 

👨Sambutan Hari Bapa yang pertama adalah pada 19 Jun 1910.
👨Hari Bapa telah diilhamkan oleh Puan Sonora Smart yang ingin menghormati bapanya – seorang veteran dan juga bapa tunggal yang telah membesarkan enam orang anak sendirian.
👨Secara tradisinya, bunga mawar🌹 adalah bunga rasmi untuk Hari Bapa.
👨Menurut National Geographic, kos sambutan Hari Bapa lebih rendah berbanding Hari Ibu.
👨Tali leher, alat elektronik, makan di luar, dan kad hadiah adalah hadiah paling popular untuk bapa pada Hari Bapa.