Perubahan hormon anda,
Ketidakselesaan semasa mengandung,
dunia anda berubah sepenuhnya,
Segala yang anda fikir anda tahu kini tidak lagi sama.
Tetapi anda tahu tak?
Ia tidak mengapa, kerana kita semua sedang belajar untuk menjadi seorang ibu.
Tidak mengapa walaupun ada hari anda tidak berasa seperti itu.
Walau apa pun yang anda lalui, sila ketahui bahawa anda tidak keseorangan.
Statistik menunjukkan bahawa sebanyak 1 daripada 5 ibu mengalami simptom kemurungan atau kebimbangan semasa Gangguan Mood dan Kebimbangan Perinatal atau Pospartum (PMADs) ketika hamil atau tahun pertama selepas bersalin.
PMADs boleh berlaku kepada mana-mana wanita dan ia boleh menjadi pengalaman yang sangat membebankan bagi seorang ibu. TETAPI ia TIDAK bermakna anda tidak cukup baik, lemah, atau ibu yang buruk.
Berlembutlah dengan diri sendiri, wahai ibu. Tidak kira betapa kalahnya perasaan anda, mengharungi hari-hari yang sukar menjadikan anda seorang pejuang setiap hari.